SELAMAT DATANG

Selasa, 24 Mei 2011

Sejarah dan Latarbelakang

Aku  dilahirkan pada 16.4.1970 di Padang Lumat, Kedah. Aku membesar di Kampung tersebut bersama adik-beradik yang seramai 7 orang. Sungguh seronak zaman kanak-kanakku  pada masa itu. Tidak perlu memikirkan apa-apa masalah, hanya bermain sahaja. Ayah seorang pesawah dan ibu pulak seorang suri rumah dan kadangkala ibu menolong ayah ke sawah. Kadang-kadang aku juga akan kesawah menolong ayah. Masih ingat lagi bau lumpur sawah dan kadang-kadang digigit dengan lintah.

Aku bersekolah rendah dari darjah satu hingga darjah enam di Sekolah Kebangsaan Padang Lumat. Setelah habis persekolahan rendah aku mula memasuki tingkatkan satu ke Sekolah Menegah Batu 17 sehingga tingkatan tiga. Seterusnya aku ke Sekolah Menengah Guar Chempedak untuk meneruskan pelajaranku ke Tingkatan 4 hingga tingkatan 6.

Setalah selesai zaman persekolahan, aku mula memasuki alam pekerjaan. Perkerjaan pertamaku ialah di Malaysian Wood pada tahun 1990 di Sungai Petani. Seterusnya pada 15.12.1990 aku di tawarkan berkerja dengan Kerajaan sebagai Pembantu Am Rendah di Jabatan Hasil Dalam Negeri dan kemudiannya aku menjawat jawatan Pembantu Tadbir di Kementerian Kesihatan Malaysia , Kuala Lumpur pada 2.3.1992. Aku memohon berpindah kembali ke Kedah pada tanggal 1.6.2006 dan di tempatkan di Hospital Sungai Petani, Kedah.

Kini aku telah berkahwin dan telah mempunyai 3 orang cahaya mata.
















Ini adalah anak sulungku, kini beliau berumur 14 tahun
Ini adalah anakku yang kedua, berumur 10 tahun


dan ini adalah anakku yang kecil sekali, berumur 6 tahun, sangat nakal



Gambar-gambar pelik

Tiada ulasan:

Catat Ulasan